Thursday 12 October 2017

KEGILAAN ROTI

"Kegilaan pada roti sehingga tido pon tepi roti"- kata-kata ni hanya tokey2 roti je bole pahami.
.
Roti buat kita sentiasa kreatif. Punya la kreatif sampai tak sedar seharian bersama roti.
.
Sayangnya Dila pada roti, setiap tatacara kerja meroti team kerja Dila kena follow jugak. Jangan silap step. SOP tersedia depan mata.
.
Sehingga roti yang da siap sedia dihantar,Dila pantau team kerja jangan sesekali tindih2kan antara roti lain. Kekalkan kecomelan roti tersebut.
.
Powerful roti ni buat keta dan tempat kerja roti pon beraroma bau roti.
.
Banyak-banyak cerita topik bakery, Dila memang suka dengan roti lagi. Dunia roti buat hidup kita alami 'wowww' dalam fasa kehidupan.
.
(Gambo sesi  trip pertama penghantaran roti setiap hari)
.
Love,
Dila
Pengusaha / usahawan roti
No h/p 0192872772/01117112787

#pugt4
#pukaldanretail
#roti

Monday 24 April 2017

SURVEY KE PASARAN??


.
Akhirnya, kehadiran produk Jem Roselle, Nanas, Kaya berjaya berpackaging cantik2 suda.
.
Selama ni Dila komersialkan dalam produk roti Dila saja. Atas permintaan orang ramai dan MARDI, Dila ketengahkan jem ni ke segmen pelanggan lain pula.
.
Jem ni sesuai untuk dimakan bersama roti dan biskut.kalo yang suka tart atau donat,bole jadikan glising.
.
InsyaAllah next step, Dila cuba setelkan marketing produk dulu sebelum dibawa jem ni ke pasaran hypermarket pula. Amin

.
Love,
Dila

#founder_dons
#bloggerduniabisnesfadila

Monday 27 March 2017

BELAJAR ILMU DOKUMENT DENGAN SIFU TUAN BASIT??urus bisnes gaya korporat.


.
Paling best bila Dila dapat Ilmu T.O.D Chart. Ilmu ni sebahagian ilmu pengurusan bisnes yang tuan sifu bagi kat alumni dia. Terima kasih cikgu..!!
.
Meh Dila nak share kat korang ape yang Dila belajar dengan beliau. Sehingga sekarang Dila tercari2 'guru-guru' ni untuk bangunkan bisnes Dila. Seberapa ramai mungkin.
.
Pesan sifu tuan Abd Basit, formula berjayanya sesuatu bisnes,korang perlu mencari 4 orang guru yang berbeza.

Pertama, cari guru MOTIVASI & KEBERANIAN - untuk terbang lebey tinggi,kita perlu keberanian. Yang bole kejutkan kita dari mimpi,yang bole marah dan tegur kita. Guru ni kita jumpa bila kita alami masalah Dan emosi down.
.
Kedua, cari guru PENGURUSAN BISNES - sangat penting. Banyak bisnes lingkup,sebab xde guru ni.
.
Ketiga, cari guru TEKNIKAL & OPERASI - cari orang yang bole ajar kita dalam bidang kita ceburi. 2 ciri yang perlu ada pada guru ini,terbukti berjaya Dan pernah alami fasa jatuh.
.
Keempat, cari guru AGAMA & ROHANI - sangat penting bilamana kita rasa musykil Dan rasa diri kosong, guru inilah yang akan menasihati serta membimbing kita.
.
Bagi Dila 4 orang ini sangat penting.mereka2 inilah yang membuatkan kita makin sukses Dan kekal dilandasan  yang betul.
.
Jom korang2,cari la orang2 ini supaya bisnes korang makin sukses. Jom sama2 berjaya walaupon bisnes korang kecik2 sekadar online.
.
Dila sedang memasang impian untuk melangkah  seminar beliau seterusnya.

Love,
Dila.

#founderdons
#smd
#byondsuccess

Friday 24 February 2017

SHARING KEJAYAAN BISNES ROTI


Hari ni 24hb Feb 2017, di sini Dila berada. Di Yayasan Amal Malaysia Terengganu.
.
Dila mencelah masa dengan kesibukan sedia ada dengan memberi taklimat kejayaaan dalam seminar Asas Roti & keusahawanan IKS. Dila rasa selama ni diri Dila biasa-biasa sahaja.tapi bila dipanggil bagi talk,rasa terharu sangat.
.
Terharu sebabnya bole berkongsi tip2 bisnes & Berjaya ubah persepsi orang ramai,betapa income roti membawa perubahan hidup.
.
Dila bukan orang lama dalam industri pastri,tapi oleh kerana 'kegilaan' roti sentiasa,itula yang membawa Dila ke lembah bisnes pastri kini.

Love,
Dila

#founderdonspastries
#founderezybakerdons

Tuesday 31 January 2017

SENTIASA UPDATE ROOM KITCHEN ROTI


.
Cuti sekolah camni,aktiviti jualan roti Dila xsesibuk  mana.tumpuan ke pasaran setempat.jadinya Dila bersih2 kanla oven2 bagai dan tempat Bakeri Dila selama ni.
.
Kalo dulu meja lab tempat Dila mengemas setiap hari,tapi sekarang meja bekerja Dila adalah ruang Bakeri.sumber utama rezeki Dila selain tepung segera.
.
Dalam bekerja,Dila sukakan tempat khas untuk Bakeri.tempat tepung dila kat lain.Dila tak suka campur adukkan.
.
Barula hari-hari mendatang,Dila rasa sentiasa semangat mencari rezeki.inilah cara Dila mengekalkan momentun kerjaya Dila dalam bisnes.korang macamne pulak ya?

Love,
Dila

#founderezybaker
#founderdonspastries
#bloggerduniabisnesfadila

Thursday 12 January 2017

TEKNOLOGI BARU PERISA ROSELLE DALAM ROTI??inilah yang Dila cuba laksanakan.


ceritanya Dila dipanggil pegawai Mardi atas urusan lain. berbincang punya berbincang,datang pegawai lain minta Dila komersialkan pes roselle dalam produk roti.
.
Dila terkejut sebenarnya satu inovasi baru,bukan setakat kordial dan jus roselle dijual sahaja tau,rupanya pes roselle pon bole dikomersialkan. sudahnya,pegawai tadi terus bagi tunjuk ajar camne nak proseskan untuk dijadikan jem dan inti pada roti nanti beserta contoh jem.
.
Baliknya,Dila rasa contoh perisa roselle tu,woowww..!!best giler.lebih sedap dari jem strawberi.tak tau nak gambarkan camne.
.
takpelah,next week Dila akan mula pasarkan roti berperisa roselle secara menyeluruh.pemula merasa adalah jiran2 rumah Dila,pelajar Madrasah dan pelajar sekolah dulu.
.

love,
Dila

Wednesday 4 January 2017

KEBERKESANAN MARKETING & BRANDING ROTI CAPAI TENDER SEKOLAH


itula penyebab Dila jarang update status di mana-mana media sosial kebelakangan ini. Ke hulu ke hilir dibawanya jenama Don's dan akhirnya,Dila baru dapat tender untuk supply roti di beberapa sekolah di sekitar bandar Kuala Terengganu.
.
Bukan sesenang untuk dapatkan kepercayaan produk kita dimata orang lain. Tambah2 kalo brand baru,kenala berusaha keras sikit.
.
Orang cakap pembuat roti ni ramai,dan banyak pesaing.tapi bagi Dila,kalo produk kita berkualiti serta da tertulis rezki tu milik kita,macamne pon tetap hak kita,betol tak?
.
Jika ditanya pasal produk Tepung Ezybaker,jadual marketing tepung segera Dila pon berjalan lancar.Agen-agen tepung giat berbisnes walaupon bukan musim perayaan.
.
Yang tinggal cuma masalah pengurusan roti dibawah jenama DON's pastries. Dila kena pantau secara menyeluruh disebabkan kekurangan pekerja bahagian roti diiringi peningkatan permintaan sekolah dan customer kini.sedikit penat tapi berbaloi2. Alhamdulillah.
.
semua ini Allah bagi untuk anak-anak. Amin.

Love,
Dila

#bloggerduniabisnesfadila
#founderezybaker
#founderdonspastries