Tuesday 31 January 2017

SENTIASA UPDATE ROOM KITCHEN ROTI


.
Cuti sekolah camni,aktiviti jualan roti Dila xsesibuk  mana.tumpuan ke pasaran setempat.jadinya Dila bersih2 kanla oven2 bagai dan tempat Bakeri Dila selama ni.
.
Kalo dulu meja lab tempat Dila mengemas setiap hari,tapi sekarang meja bekerja Dila adalah ruang Bakeri.sumber utama rezeki Dila selain tepung segera.
.
Dalam bekerja,Dila sukakan tempat khas untuk Bakeri.tempat tepung dila kat lain.Dila tak suka campur adukkan.
.
Barula hari-hari mendatang,Dila rasa sentiasa semangat mencari rezeki.inilah cara Dila mengekalkan momentun kerjaya Dila dalam bisnes.korang macamne pulak ya?

Love,
Dila

#founderezybaker
#founderdonspastries
#bloggerduniabisnesfadila

Thursday 12 January 2017

TEKNOLOGI BARU PERISA ROSELLE DALAM ROTI??inilah yang Dila cuba laksanakan.


ceritanya Dila dipanggil pegawai Mardi atas urusan lain. berbincang punya berbincang,datang pegawai lain minta Dila komersialkan pes roselle dalam produk roti.
.
Dila terkejut sebenarnya satu inovasi baru,bukan setakat kordial dan jus roselle dijual sahaja tau,rupanya pes roselle pon bole dikomersialkan. sudahnya,pegawai tadi terus bagi tunjuk ajar camne nak proseskan untuk dijadikan jem dan inti pada roti nanti beserta contoh jem.
.
Baliknya,Dila rasa contoh perisa roselle tu,woowww..!!best giler.lebih sedap dari jem strawberi.tak tau nak gambarkan camne.
.
takpelah,next week Dila akan mula pasarkan roti berperisa roselle secara menyeluruh.pemula merasa adalah jiran2 rumah Dila,pelajar Madrasah dan pelajar sekolah dulu.
.

love,
Dila

Wednesday 4 January 2017

KEBERKESANAN MARKETING & BRANDING ROTI CAPAI TENDER SEKOLAH


itula penyebab Dila jarang update status di mana-mana media sosial kebelakangan ini. Ke hulu ke hilir dibawanya jenama Don's dan akhirnya,Dila baru dapat tender untuk supply roti di beberapa sekolah di sekitar bandar Kuala Terengganu.
.
Bukan sesenang untuk dapatkan kepercayaan produk kita dimata orang lain. Tambah2 kalo brand baru,kenala berusaha keras sikit.
.
Orang cakap pembuat roti ni ramai,dan banyak pesaing.tapi bagi Dila,kalo produk kita berkualiti serta da tertulis rezki tu milik kita,macamne pon tetap hak kita,betol tak?
.
Jika ditanya pasal produk Tepung Ezybaker,jadual marketing tepung segera Dila pon berjalan lancar.Agen-agen tepung giat berbisnes walaupon bukan musim perayaan.
.
Yang tinggal cuma masalah pengurusan roti dibawah jenama DON's pastries. Dila kena pantau secara menyeluruh disebabkan kekurangan pekerja bahagian roti diiringi peningkatan permintaan sekolah dan customer kini.sedikit penat tapi berbaloi2. Alhamdulillah.
.
semua ini Allah bagi untuk anak-anak. Amin.

Love,
Dila

#bloggerduniabisnesfadila
#founderezybaker
#founderdonspastries